Cara Pengambilan Alpha Lipid Lifeline

Tuesday, August 04, 2009

  • Minggu pertama pengambilan = 1 skup sehari dalam 150ml air
  • Minggu kedua dan seterusnya = 2 skup sehari (pagi dan malam) dalam 150ml air
  • Boleh dicampurkan dengan susu, jus atau air biasa. Dilarang menggunakan air suam atau panas kerana ia boleh merosakkan kandungan vitamin dan mineral di dalam susu Alpha Lipid.
  • Masukkan air sejuk dahulu kemudian baru masukkan serbuk Alpha Lipid dan kemudian seeloknya digoncang dengan menggunakan 'shaker'.
  • Disarankan untuk mengambil susu Alpha Lipid sewaktu perut kosong atau sebagai minuman sarapan pagi.

Bagaimana Jika Anda Mahu Mengambil Alpha Lipid Dengan Ubat-ubatan Yang Lain?

Tiada masalah. Anda hanya perlu meneruskan ubat-ubatan anda dan hanya menambah susu Alpha Lipid sebelum sarapan pagi dan memulakan makan ubat-ubatan anda selepas sarapan pagi. Susu Alpha Lipid ini bukanlah pengganti kepada ubat-ubatan yang diberikan kepada anda. Namun begitu, oleh kerana kandungan susu Alpha Lipid yang istimewa, lengkap dengan khasiat dan tinggi daya serapan ke dalam tubuh, maka ia membantu mempercepatkan proses penyembuhan dan seterusnya mengekalkan kesihatan anda
.


JANGAN MEMBERHENTIKAN PENGAMBILAN UBAT-UBATAN ANDA TANPA NASIHAT DOKTOR

Proses Pemulihan

Susu Alpha Lipid ini tidak bertindak balas dengan makanan tambahan atau ubat-ubatan yang lain. Walaubagaimanapun, sesetengah individu akan mengalami beberapa tindak balas pemulihan di awal pengambilannya iaitu:

  • Mengantuk dan keletihan
  • Berpeluh, demam dan sakit kepala
  • Gatal, kerap buang air kecil atau besar
  • Denyutan jantung yang laju
Reaksi ini hanyalah sementara sahaja. Ia disebabkan oleh tindak balas badan untuk menyingkirkan bahan buangan dan toksin serta peningkatan kadar metabolisme badan. Bagi individu yang menerima rawatan perubatan, dinasihatkan untuk tidak memberhentikan ubat-ubatan anda melainkan atas nasihat doktor atau pegawai farmasi.
 
◄Design by Pocket