- Faktor penggalak sistem imuniti/pertahanan tubuh (antibodi) = immune factor
- Faktor yang menggalak pertumbuhan badan = growth factor
- Vitamin-vitamin dan mineral
Kolostrum dan Imuniti Anda...
Perkembangan sistem imun bayi bermula semasa di dalam perut ibu iaitu melalui pemindahan antbodi dan faktor imun melalui placenta dan apabila dilahirkan perkembangan sistem imun ini diteruskan melalui penyusuan susu ibu kepada bayi. Penghasilan kolostrum di dalam susu ibu pada awal kelahiran menguatkan lagi sistem imun bayi. Ini kerana di dalam kolostrum terdapat antibodi, faktor imuniti dan imunoglobulin yang membantu menguatkan dan mengaktifkan sistem imuniti badan.
Semakin meningkatnya usia dan juga pendedahan dengan pelbagai faktor luaran menyebabkan badan kita memerlukan nutrisi yang mencukupi untuk mengelakkan jangkitan penyakit. Dalam keadaan zaman yang serba mudah ini, pemakanan yang seimbang sering diabaikan dan sebagai pengganti, pengambilan suplemen luaran diperlukan. Daripada kajian-kajian yang telah dijalankan mengenai kolostrum, mendapati kolostrum juga mempunyai faedah yang sama kepada orang dewasa seperti mana kanak-kanak.Ia juga selamat untuk semua peringkat umur, sumber suplemen semulajadi dan berkesan untuk meningkatkan sistem imun badan. Selain manusia, haiwan mamalia juga menghasilkan kolostrum. Antara kolostrum yang terbukti mengandungi kesemua faktor imuniti yang diperlukan adalah kolostrum daripada susu lembu. Daripada kajian, lembu merupakan satu-satunya mamalia yang menghasilkan kolostrum yang tidak spesifik, yang bermaksud, kolostrum susu lembu mengandungi kesemua faktor yang terdapat di dalam kolostrum susu mamalia lain termasuklah manusia.
Immunoglobulin yang terdapat di dalam kolostrum menguatkan tindak balas imuniti badan manusia dengan 2 cara iaitu dengan melapisi bahagian lapisan dalam usus seterusnya mengelakkan patogen dan toksin meresap melalui usus ke dalam badan, dan ia berfungsi sebagai antibodi sedia ada yang menguatkan sistem imuniti badan. Ini bermaksud bakteria, virus dan fungus yang masuk ke dalam usus akan dihalang dan dikumuhkan daripada badan. Faktor pertumbuhan (Growth Factor) yang terdapat di dalam kolostrum lembu pula berfungsi bersama sistem imuniti badan dalam membantu merawat kulit dan tisu yang cedera. Kolostrum juga mengandungi komposisi lemak dan laktosa yang kurang. Maka, ia adalah selamat dan pilihan yang terbaik untuk individu yang alah terhadap laktosa dan juga yang ingin mengurangkan kandungan lemak di dalam badan.


0 comments:
Post a Comment